Salam 2021.
Zaman ini banyak orang yang belajar makin 'pandai.' Ini bertentangan dengan konsep makin banyak belajar, makin tidak tahu.
'Pandai' yang saya maksudkan adalah berasa pandai. Ia sebenarnya satu penyakit akhlak.
Apabila seseorang berasa pandai, dia akan sewenang-wenang membodohkan orang lain.
Caranya, dia akan mempertikaikan tindakan semua orang. Itu tidak betul, ini tidak betul.
Apa sahaja yang dilakukan di depan orang 'pandai' ini, mendatangkan rasa kurang senang kepadanya selagi tidak 'diperbetulkannya'.
Mudah nak mengenali orang 'pandai' ini menurut pandangan saya. Kalau di media sosial, postingnya mempunyai unsur menyalahkan orang lain, menjatuhkan kredibiliti pihak yang dituju, menghentam dan memberikan soalan-soalan tergantung tanpa jawapan.
Orang 'pandai' ini biasanya tidak mendedahkan diri sendiri. Kadang-kadang picture profile pun gambar barang shopee je. Dia akan bereaksi seronok apabila ada pihak yang komen memaki sama pihak yang dihentamnya.
Padahal Nabi s.a.w melarang kita memaki orang lain tetapi posting orang berasa pandai ini secara tidak langsung membuka ruang makian.
Lagi pandangan saya, ciri utama orang 'pandai' ini ialah dia 'memandai-mandai' bukan dalam bidang dia atau menunjuk 'lagi pandai' daripada pihak yang dia hentam. Contohnya kalau dia pomen kereta, dia akan hentam Doktor. Contoh kedua, kalau dia pelajar sekolah, dia akam hentam pelajar Universiti.
Saya tidak bermaksud menuduh sesiapa yang ada semua ciri-ciri tersebut orang 'pandai'. Setiap perbuatan ada batasnya. Batas inilah yang bersangkut dengan akhlak.
Orang berakhlak adalah orang yang menjaga batasnya. 'Orang pandai' biasanya mereka yang melanggar batas akhlak kerana ego yang tinggi.
Jadi jangan hentam saya atau terasa hati dengan post ini jika masih awak masih tergolong dalam orang berakhlak sebab saya tidak menujukan post ini pada awak. Saya tujukan kepada orang 'pandai' yang 'berasa pandai'.
Ini pandangan sahaja. Allah lebih tahu.
Saya ingatkan diri saya sahaja sebab saya pun mudah 'berasa pandai'. Insya Allah, kita taubat dan ubah. Andai kata kita terbuat lagi, taubat lagi dan usaha lagi. Allah tidak menutup pintu taubat selagi belum kiamat. Taubat biarlah bersungguh, bukan main-main.
No comments:
Post a Comment