23 July, 2019

SAYANG yang Tak Berbelah Bagi


Semasa naik motorsikal, mahu pulang dari taman rekreasi.

Sayangnya Allah kepada kita. Diberi kelajuan.

Dengan itu,  kenderaan kita boleh memotong kenderaan lain. Boleh masuk simpang,  kerana kereta yang datang masih jauh.

Sayangnya Allah kepada kita. Diberinya cahaya.

Maka teranglah lampu kereta bila menjelang malam. Deretan kenderaan menjadi cantik. Kita juga tahu jika ada kenderaan lain hendak meminta jalan.

Sayangnya Allah kepada kita. Diberinya bau.

Kita terbau minyak yang kuat. Sedarlah kita di hadapan sebuah lori minyak. Jika terbau busuk sampah, harusnya lori sampah. Segera kita menjarakkan diri daripada mereka kerana kita sedar ada risiko jika berhampiran.

Sayangnya Allah kepada kita.  Diberinya bunyi.

Di saat ralit melihat telefon sambil memandu,  kita dihon kenderaan belakang kerana perlahan. Selamatlah kita daripada lalai.

Sayangnya Allah kepada kita.  Rugilah kalau kita tidak sedar.

No comments:

Bila COVID berbicara

Di depan pintu masuk sebuah keramaian.  Pengunjung A : Assalamualaikum.  Pengunjung  B : Waalaikumussalam. Siapa awak?  Pengunjung A : Saya ...