Assalamualaikum kpd pembaca. Masih setia ke dgn blog ni? Alhamdulillah jika masih bersama.
Aku masih ada di sini. Masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT. Bersyukur dan berselawatlah 'Allahumasolli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad' tanda rindu kita kepada junjungan kita.
Tahun 2019. Cepat masa tu berlalu. Lihat muka di cermin, di gambar-gambar lama, sudah berbeza rupanya. Muka dah tidak jambu lagi. Rambut ada uban dan kepala dah dipanggil botak. Hahaha. Sabor je ler...
Kita sentiasa buat silap dan dosa. Sebanyak kita beramal, sebanyak itu kita buat silap dan dosa. Sehingga kita merasa penat kerana tak pernah mampu untuk tetap dlm beramal. Sabarlah... Allah bersama kita.
Inilah kehidupan kita yg Allah sediakan. Tak pernah lari drp ujian. Kita diuji dgn dosa-dosa tapi Dia SWT tak pernah menghukum kita dgn segera. Sabarlah. Jika Allah boleh menangguhkan hukuman-Nya, mengapa kita tidak boleh memohon ampun berkali-kali. Tidak kurang pun harta dgn memohon ampun. Tidak habis pun masa kita.
Agaknya apa kurangnya amal kita hingga kini masih tidak boleh menjadi insan sempurna? Pernah ke soalan ini terlintas di fikiran? Ya, betul, siapa yg mahu menjadi jahat, berdosa dan masuk neraka. Namun, itulah yg sering kita buat.
Kita bersembahyang. Namun, sembahyang kita kerana waktunya hampir luput atau malu dikatakan tidak sembahyang.
Kita bersedekah. Namun, kita berkira-kira atau kerana kasihan.
Kita membaca Al-Quran. Namun, hanya bila perlu saja seperti majlis tertentu.
Begitulah amal-amal yg lain juga dilakukan mengikut kepentinga tertentu. Sehingga kita lupa tentang ikhlas.
Apa itu ikhlas? Ikhlas ini menjadi rahsia Dia SWT. Hanya Dia SWT yg tahu. Pada aku, pengertian ikhlas yg mudah kita faham, kita buat kerana kita mahu rapat dengan Allah SWT.
Percayalah! Amal yg dibuat dgn hasrat ingin merapatkan diri dengan Allah SWT, akan membuka 1001 lagi kebaikan.
Walaupun kita mungkin mengutip pembalut gula-gula di jalan tetapi dgn hasrat kita nak merapatkan diri dgn Allah SWT, lihatlah nanti hasilnya.
Insya Allah, terasa gembira dan bahagia dgn amal yg kita buat. Biarpun satu dunia tidak tahu atau tidak memandang amal tersebut. Namun, cukup membahagiakan. Terasa bantuan Dia SWT makin datang satu demi satu.
Allahuakbar. Yakinlah kpd Allah SWT di mana kita berada. Jangan mati melainkan kita yakin dgn Allah SWT.
Aku pun tidak pernah sempurna. Bersama kita membaiki diri. Aamiin.