Mencari hati sebelum ianya hilang. Menghidupkannya sebelum ianya mati. Menghambakannya sebelum ia menjadi 'Tuhan'.
17 October, 2017
Baca Al-Quran Dengan Niat
25 August, 2017
Ya Allah, kuatkan daku
Salam kepada semua.
Sesiapa yg terbaca blog ini atau pengikut yg setia, seharusnya sedar yg ini merupakan post yg baru setelah lama menyepi.
Sungguh kita merancang, tapi perancangan Allah itu lebih tepat. Dan Allah tidaklah mengubah nasib sesuatu kaum ataupun individu, melainkan kamu sendiri yg berusaha ke arah itu.
Aku adalah manusia biasa seperti ramai orang. Ada rasa malas. Ada rasa kehilangan punca. Rasa dalam hati, mahu tutup blog aje blog ini.
Namun, aku ingatkan hati ini... Blog ini bukan untuk aku tunjuk baik. Blog ini adalah untuk aku buat baik bagi menampung lompang dosa dan maksiat yg mungkin tak terdaya dikambus dengan amalan fardhu yg aku usahakan.
Hanya harapan diletakkan atas ihsan Allah supaya isi kandungan yg aku kongsi mendapat manfaat daripada bacaan kalian.
Sungguh banyak sangat kekurangan dan tidak mampu diceritakan sebagai layaknya dosa tidak boleh didedahkan. Allah tidak suka kita berbangga dengan dosa, apalagi membuka aib diri sendiri.
Keampunan Allah itu sangat besar. Justeru jangan rasa tidak terampun. Namun bukan tiket tidak gerun untuk bermaksiat.
Usahakanlah kebaikan walaupun sukar. Percayalah... Manusia lain juga mengalami kesukaran yg sama. Begitu juga para Rasul & Nabi mengalami kesukaran yg sama utk mengekalkan keimanan dan kesolehan. Bezanya kita dengan para anbia, mereka orang yg tekad dan bersungguh-sungguh sedangkan kita selalu berpura-pura.
Sekian daripada aku. Moga Allah bagi izin.. Bagi kuat utk terus menulis.
Bila COVID berbicara
Di depan pintu masuk sebuah keramaian. Pengunjung A : Assalamualaikum. Pengunjung B : Waalaikumussalam. Siapa awak? Pengunjung A : Saya ...
-
Byk yg telah btanye. Mber aku kt kolej dulu. Mber kt Terengganu. Bekas awek (err..bkn bekas awek.. Xsempat nk kapel dah kene rejek. HuHu.. )...
-
Ini cerita pasal Balqish. Ini bukannya sebuah drama di TV3, Cinta Balqis. Tiada watak Adam (ralat: nama watak Cinta Balqis adalah Hassan sep...