Mencari hati sebelum ianya hilang. Menghidupkannya sebelum ianya mati. Menghambakannya sebelum ia menjadi 'Tuhan'.
26 August, 2011
BALKIS
Di bulan pose yg mulia ni, aku teringat pada sorang lg Balkis... ejaan tak serupa walaupun bunyinya sama. Balqish tadi tu awek.. tapi Balkis ni 'awek dalam pembikinan'. Balkis ni lagi sesuai disamakan dengan Shin Chan versi pompuan. Huhuhuu..
Aku dengan Balkis ni sepupu. Citernyer bulan pose taun lepas. Aku balik kampung tuk same2 merase bukak poser ngan keluarga. Petang yg bosan sementara menunggu berbuka, aku sempat ke umah Balkis ni. Jenguk2 pakcik dan makcik yg memang baik ngan aku.
Biase ler, kalu dah Shin Chan tu... bile kite dtg, mesti die ade kt umah. Aku pun mengadap balkis ni dan try nak borak2 ngan die. Mase tu die ngah makan aiskrim Milo. Alaa... air milo yg diletak di tempat beku dlm peti ais tu. Sape2 pun boleh buat. Saje usik2 die... "Tak pose ker?"
"Tak.." senyum malu lak si Balkis ni.
"Makan ape tu?"
"Milo.."
"Nak???" tanyer Balkis, cepat2 disuakan kat mulut aku sudu yg siap ade ais Milo tu. Arrrhhhh... Aku pose. Aku pose. Selamatkan aku...
Fuuuh.... sebaik dia tarik balik sudunyer.
Baru2 ni... aku sembahyang terawih kt masjid nilai. Aku tengok seorang bapa dengan 2 orang anaknye. Yang sulung tu pompuan, agaknye 4 taun kot. Yang kecik tu laki kot.. nampak cam laki jer dlm umo 2 taun.
Si bapak amik port kat koridor masjid, tepi pintu antara ruang sembahyang berkarpet dengan ruang sembahyang bertile. Die letak anak yg laki tadi sebelah pintu, dan dia sembahyang di tepi anaknyer. Sebijik bantal penyu diletakkan bersama-sama untuk jadi teman agaknya.
Bila bapak dah mula sembahyang, anak laki dan pompuan dok kat tepi kakinye tibe2 start gado. Si adik ni tak nak bagi si kakak pegang patung penyu die. Bile akak tu nak amik penyu tu, si adik rampas dan campak ke ruang sebelah bapaknye bersembahnyang. Si kakak cube lagi. Si adik marah, buat suara tak puas ati dan nak nangis.
Selesai 2 rakaat terawih, bapak kembalikan penyu tu ke tempat asal. Kemudian bangun untuk terawih seterusnyer. Sama macam tadi, anak-anaknya start gado. Same jugak kesnyer... berebut patung penyu.
Selesai 2 rakaat terawih. Si bapak berselawat dengan bilal. Si kakak diam, tak kacau adiknya. Takut agaknya pikirku. Mase ni, aku perasan dtg sorang brader bermisai, baju Melayu merah. Die kemudian bercakap dengan si kakak. Budak pompuan bangun sambil pegang tangan brader tadi dan mereka beredar dari situ.
Baru aku tau, yg budak pompuan tu anak kepada brader baju merah tu dan dia bukan kakak kepada budak laki tu!!!
Patut ler budak laki tu bengang sgt ngan budak pompuan tu. Aku pun bengang bile terkena ngan die. Err.... situasi ni aku tgk pas aku bagi salam. Bukan mase sembahyang terawih, ye... :)
Ade la jeling2 sket, tapi sket ler :-P
Ketelusan hati seorang budak yang diciptakan DIA SWT sungguh mengkagumkan. Mereka bersikap jujur dengan hati dan perasaan mereka. Mereka berterus terang dengan apa yang mereka cakap dan apa yang mereka buat. Kejujuran ini menjadikan mereka mudah bergaul. Bermain dan bertegur dengan kanak-kanak sebaya mereka tanpa mengira siapa. Apabila mereka bergaduh, mereka tidak pernah menyimpan dendam.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe
21 August, 2011
Doa
17 August, 2011
2 rakaat terawikh
"Kamu pegi terawih tak?
"Gi la... Aku ke rajin. Hahaha" gelak B bersahaja dengan jawapan yg diberikan.
"Pegi la... Aku kan rajin. Hahaha"
"Mu buat brapo? Duo puloh ko?" tanya A lagi.
"Kamu buat brape rakaat? Dua puluh ker?
"Kawe wat lapan belah ja..." jawab B.
"Saya buat lapan belas jer"
"Ooo... bakpo tok cukupke duo pulohnyo... bo duo rokaat jah lagi" tanya A mahu kepastian.
"Ooo... kenapa tak cukupkan dua puluh.. cuma 2 rakaat jer lagi"
"Heh.. cukup manonya... kawe wak lapan jah.. lepas tu kawe blah. Lapan... blah!" selamber B menjawab.
"Heh.. cukup apenyer.. saya buat lapan jer... lepas tu, saya blah. Lapan... blah!"
16 August, 2011
Bermusimkah kita?
"Pergi makan tak ajak... "
"Sampai hati.."
Ah! Masakan... Tadi jelas di telingaku kata-kata Kak Nida. Normah puasa. Fiza Kecik pun sama. Tiada riak menipu di wajahnya. Jadi apa yg berlaku sebenarnya ni?
Aku membalas mesej itu, ingin kepastian. "Akak cakap, Normah dan Fiza puasa"
Normah membalas, "Tak, hari ni kan hari Jumaat"
Ah! Agaknya Kak Nida salah. Macam mana boleh salah? Mereka terang-terang duduk di aras yang sama. Bukan susah nak jumpa. Bilik Normah dipisahkan sebuah bilik sahaja dari bilik Kak Nida. Biasanya, masing-masing saling bertanya dan mengajak antara satu sama lain jika hendak keluar makan pagi. Selalupun, kereta Normah juga yang menjadi mangsa. Kak Nida duduk di belakang saja.
Ah! Kalau dah nak jadi tu, maka jadilah.
Beep! Beep!
S.m.s daripada Suhani.
"Normah tak jadi pergi. Dia balik kampung"
Ah! Pelik! Pagi tadi saja Normah bilang dia mahu turut serta ke Sungai Tekala. Mengapa tiba-tiba Suhani bilang dia balik kampung. Ada apa dengan kampung sampai tergesa-gesa membatalkan apa yg telah dipersetujui? Ah! Bukankah normal Normah balik kampung. Kampungnya tidak jauh. Dua tiga jam sampailah. Dia pun bukan berjalan kaki, berkereta juga.
Selang beberapa waktu, Suhani s.m.s lagi. "Kita kumpul sekarang, nak bincang pasal esok!"
Sebaik aku sampai, Normah elok sahaja terselit di tepi 2 anak dara itu, Suhani dan Fiza Kecik. "Mengapa disini? Bukankah balik kampung?" pantas aku bertanya sebelum sempat mematikan enjin motorsikal.
"Kan dah cakap. balik esok"
Suhani pantas mencelah, "Ingat Normah nak balik kampung hari ni"
Hari yang sama, 2 kali aku mendengar perkhabaran yang salah pasal Normah. Melucukan. Nampaknya seakan musim 'Berita Palsu Normah'. Hahaha. Aneh tetapi benar.
Kadang-kala kita mungkin tidak dapat tidak, bersetuju yang sesetengah perkara kelihatan berlaku secara bermusim. Jelas bermusim seperti musim panas dan musim hujan. Saban tahun pastinya kedua-dua musim ini menjengah diari kehidupan kita.
Bila diperhalusi lagi, kejadian-kejadian yang berlaku setiap hari juga kelihatan bermusim. Sebagai contoh apabila akhbar memaparkan berita mengenai pembuangan bayi, kita akan membaca berita yang sama hampir dua tiga hari di dua tiga lokasi yang berlainan. Begitu juga berita mengenai orang gila mengamuk, berlaku di banyak tempat dalam tempoh masa yang seakan-akan sama. Sehingga kita akan berkata, "Hari-hari berita pasal ni..!"
Mungkin inilah kehebatan DIA dalam merancang. Semua ini seolah-olah seperti sebuah jadual kelas. Apabila jam 9.00 pagi Kelas Matematik, maka tidak dapat tidak, Kelas Matematik akan berjalan. Begitulah agaknya bila DIA sudah menetapkan kejadian begini berlaku pada masa begitu dalam tempoh masa tersebut, maka itulah yang kita terima. Maha Bijaksana DIA...
Seharusnya kita juga perlu merancang dan menjadualkan hidup kita supaya apa yang kita inginkan berjaya dicapai. Inilah iktibar yang aku rasa boleh diambil daripada kejadian bermusim yang berlaku di sekitar kita. Namun, bukan sesuatu yang mudah kerana kita sendiri sudah amat terbiasa dengan rutin yang kita lakukan. Kepada-Nya juga kita bermohon taufik dan hidayah. Kita hanya merancang dan DIA yg menentukan.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, rasanya DIA SWT telah menyediakan jadual beribadah untuk kita tanpa perlu kita bersusah payah. Tinggal lagi, kita sendiri berusaha untuk memenuhinya dengan amalan yang benar dan sesuai mengikut syariat. Semoga kita semua tidak jadi orang yang bermusim di dalam beramalan.
salah ke aku cakap? My opinion la.. hehe
Bila COVID berbicara
Di depan pintu masuk sebuah keramaian. Pengunjung A : Assalamualaikum. Pengunjung B : Waalaikumussalam. Siapa awak? Pengunjung A : Saya ...
-
Byk yg telah btanye. Mber aku kt kolej dulu. Mber kt Terengganu. Bekas awek (err..bkn bekas awek.. Xsempat nk kapel dah kene rejek. HuHu.. )...
-
Ini cerita pasal Balqish. Ini bukannya sebuah drama di TV3, Cinta Balqis. Tiada watak Adam (ralat: nama watak Cinta Balqis adalah Hassan sep...